Penyanyi Rem mempertaruhkan lagu baharu, Sinar Kasih sebagai kemunculan semulanya setelah sekian lama tidak muncul dengan lagu baharu. Bekas peserta Gegar Vaganza musim ketiga itu berharap lagu tersebut diterima peminat.

“Semua orang perlukan kasih sayang, sebab itu saya tulis lirik lagu ini sebagai sambungan kepada lagu lama saya, Selingkar Kasih,” kata Rem.