Pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran sebenarnya dah bercerai Ogos tahun lalu.

Mereka merahsiakan keruntuhan rumah tangga selama 17 tahun itu demi menjaga privasi keluarga kedua-dua pihak.

Semasa kecoh pasal mereka bercerai dulu, masing masing menafikannya. Akhirnya Rashidi membuat pengumuman cerai dalam laman sosial Instagramnya.