Penyanyi Ramlah Ram akui pernah berasa hilang selera bergaya semasa berat badannya naik. Apa sahaja yang diletakkan ke badan dilihat tidak kena walaupun semasa tergantung di rak ia kelihatan cantik.

Dia juga pernah berasa tertekan dan malas untuk keluar mencari pakaian baru kerana berasakan semuanya tidak akan kena dengan bentuk badannya.

Susut 20kg.

Sebab itulah sebelum Ramadan tahun lalu dia nekad mengamalkan diet untuk membolehkan dia kembali bergaya.

Kini Ramlah berjaya turun berat badan sehingga 20kg. Kini beratnya 50kg.

Ramlah sudah hampir mendapat berat badan idealnya. Dia sasarkan turun sekitar 5kg lagi.

“Saya mendapat motivasi untuk dapat berat badan ideal ini sebab saya masih mahu aktif menyanyi dan semestinya mahu look good.

“Peminat saya juga semestinya mahu melihat saya cantik untuk mereka rakam gambar,” kata Ramlah.

Dia tidak mengambil makanan berkabohidrat dan sehingga sekarang belum menjamah nasi.

“Kuih raya pun saya kena lupakan dan saya banyak ambil makanan yang direbus dan bakar,” akuinya.