Penyanyi Shima yang berniaga warung nasi campur berdekatan kediamannya di Damansara mendapat sokongan rakan artis.

Semalam Nizam Laksamana,Baggio dan Ameng Spring singgah makan sambil bertanya khabar. Ameng yang mengajak rakan dan belanja mereka makan tengah hari.

Bergambar kenangan di Warung Teringin Shima

“Sekian lama tak jumpa kita support Warung Teringin Shima di Damansara.Tq Ameng belanja makan. Singgang ikan kembung resepi Shima memang power dan sedap. Sambal belacan menangis weiiii…pasti teringin lagi.

“Jom support Shima di Warung Teringin Shima,” tulis Nizam Laksamana dalam Facebooknya semalam.