Pengarah Raja Ahmad Alauddin meningggal dunia dalam tidur hari ini.

Berita pemergiannya dilaporkan oleh rakan industri dalam laman facebook dan laman sosial lain pagi ini.

Berita kematian Pengarah filem Hati Bukan Kristal itu dilaporkan oleh ramai kenalan antararanya Huzz, Sandakiah Aziz, Shahrulezad Mohammedin, Anne Abdullah, Rita Rudaini dan ramai lagi.

Raja Ahmad Alauddin

Raja Ahmad Alauddin yang juga merupakan pensyarah di Akademi Seni Kebangsaan (ASK) amat disenangi oleh para pelajar yang pernah berguru dengannya.

Menurut hantaran posting di Facebook, allahyarham meninggal dunia ketika tidur.

Difahamkan, karya drama berjudul Pesan Dari Hati, masih dalam proses pembikinan dan sepatutnya hari ini, allahyarham kembali ke set penggambaran.