Terkejut Gondang Laser dengan kisah dua pelakon remaja ni. Afiq Muiz dan Miera Leyana. Kini dah tak ada hubungan istimewa lagi dah. Biasalah orang muda, soal cinta ini bukan perkara mudah.

Yang membuatkan Gondang hairan tu, kalau dengar penjelasan Afiq, hubungan mereka sah putus pada hari dia mengeluarkan kenyataan pasal menyintai Miera. Namun sebab musabab putusnya hubungan dia mahu simpan.

Yang tak sedapnya Miera menyatakan di antara mereka tidak pernah wujud perasaan cinta sebaliknya sekadar teman biasa sahaja. Bila Miera keluarkan kata-kata macam tu mestilah orang anggap macam Afiq syok sendiri dan bertepuk sebelah tangan.

Namun Afiq tak mahu fikir lagi pasal itu dan tak mahu lagi memberikan komen kerana bimbang akan disalahanggap pula.

Gondang Laser: Kenal sangat dengan gelagat cinta anak muda ni.