Pelakon baharu, Puteri Aishah tak suka layan peminat ke? Katanya dia menghilangkan diri apabila peminat mengajak bergambar sama ketika muncul dalam satu majlis.

Peminat tegar dunia hiburan yang sering kelihatan dalam majlis hiburan memuat nakstatus pasal aduan kawannya yang ditinggalkan Puteri Aishah apabila dia meminta bergambar bersama.

Macam ini tulis peminat itu;

“Kawan mengadu semalam nak amik gambar dengan puteri Aishah:
Kawan: Puteri Aishah, boleh amik gambar?
Puteri Aishah: Boleh tapi kejap ek, nak simpan barang.

“Dia telah masukkan barang dan dengan dia-dia sekali masuk kereta.
Sekian terima kasih jawabnya.

“Sebab tu aku suka ambik gambar dengan artis yang dah kenal kita. Tapi apa salahnya bergambar kejap, peminat gak yang datang wayang nanti ziz!”

Apa cerita ni Puteri Aishah? Sudah mula rasa rimas bila peminat kerumun ke? Hero awak dalam filem Pulang tu, Remy Ishak okey aja layan peminat. Urmmmm…

Tak tahulah mungkin dia ada hal yang lebih enting dan perlu beredar dengan segera. Manalah kita tahu kan?