Ketua Pegawai Eksekutif Malik Streams Corporatiin, Datuk Abdul Malik Dashtigeer menjalankan promosi besar untuk filem terbaharu edaran mereka, Petta.

Untuk memastikan filem lakonan superstar Rajinikant itu cemerlang di Malaysia, Malik Streams merangka pelbagai publisiti menarik.

Jasmin Hamid

Mereka bertungkus-lumus memerah otak melakukan yang terbaik bagi memastikan Petta yang bermaksud Tempat Tinggal mencecah kutipan RM30 juta yang disasarkan.

Baru baru ini diadakan tayangan istimewa bersama selebriti, VIP, tetamu istimewa dan pihak media.

Norman Hakim

Antara yang hadir termasuk Datuk Jalaluddin Hassan, Jasmin Hamid, Norman Hakim, Bea Rameshan, Syamel dan ramai lagi.

Petta sedang ditayangkan dengan barisan pelakon termasuk pelakon Bollywood iaitu Nawazuddin Siddiqui, Vijay Sethupathi, Simran, Trisha dan Bobby Simha.

“Antara yang dirangka oleh kami adalah menganjurkan sebuah rekod pencapaian dalam acara Guiness Book of Record Attempt Largest Movie Poster on A Scaffholding di Kuala Lumpur.

“Tidak cukup dengan itu, kami turut menghiasi pelbagai kenderaan seperti treler, kontena, MPV dan kereta mewah (Lamborghini, Mustang, Audi R8, BMW 5 Series) dengan poster filen Petta sebagai ‘moving advertisement’,” katanya.