Banyak juga artis yang tak nampak sudut positif program realiti Gegar Vaganza yang mempertandingkan penyanyi yang sudah memiliki album. Mereka nampak bab negatif bila artis profesional ditegur nyanyian mereka.

Sebab itu ramai yang menolak tawaran menyertai program itu. Antara alasan ialah tidak mahu merendahkan nama yang telah dibina sekian lama. Benarkan begitu?

Undangan duet bersama Zur Eda dalam konsert minggu lalu.
Undangan duet bersama Zur Eda dalam konsert minggu lalu.

Penyanyi Nassier Wahab salah seorang yang memberanikan diri menyertainya musim tahun lalu. Nassier yang bertahan sehingga ke konsert akhir, sering dapat pujian kerana masih mampu menyanyikan lagu generasi hari ini dengan baik.

“Saya sedar ada artis yang melihat GV sebagai program yang merendahkan artis profesional. Itu hak mereka saya tak mahu komen pasalnya. Tapi saya melihatnya daripada sudut positif dan promosi. Mana ada program yang mengundang artis lama membuat persembahan setiap minggu?

Bersama Elly Mazlein dan Siti Nordiana.
Bersama Elly Mazlein dan Siti Nordiana.

“Semasa saya dalam program dulu, rakan rakan artis seangkatan seperti Azlina Aziz, Rohana Jalil dan lain-lain berterima kasih kepada saya. Mereka kata kemunculan saya dalam GV mewakili artis era 80-an yang sebenarnya masih mampu membuat persembahan dengan baik,” kata Nassier.

Sentiasa sokong artis muda.
Sentiasa sokong artis muda.

Nassier juga akui, harga untuk sebuah persembahannya juga naik secara langsung tanpa pihaknya sendiri menaikkannya. Orang di luar sanggup membuat pelaburan lebih untuk mendapatkan khidmatnya.

“Saya pernah dapat undangan daripada satu pihak. Semasa mereka meminta sebut harga, saya tanya, siapa lagi artis yang mereka sedang runding? Mendengar nama-nama papan atas yang tersenarai bersama saya, saya tahu mereka sudah ada bajet tertentu.

“Akhirnya mereka pilih saya dengan harga yang agak tinggi berbanding harga saya terdahulu. Ya! Saya tak memang GV tapi saya dapat kumpul lebih banyak daripada ganjaran itu setelah selesai program.

“Sehingga hari ini pun saya masih banyak undangan dan saya pasti undangan itu bertitik tolak daripada kemunculan saya dalam GV. Sebab itu saya sangkal kalau ada yang kata GV merosakkan reputasi penyanyi bila persembahan mereka dikritik,” ┬ákata Nassier lagi.

Bersama rakan artis dan pengkritik tetap serta juri, Datuk Khatijah Ibrahim.
Bersama rakan artis dan pengkritik tetap serta juri, Datuk Khatijah Ibrahim.