Sebelum ini hanya syarikat khusus perniagaan yang mengeluarkan produk kecantikan. Kini pelbagai pihak mahu mengusahakan perniagaan bidang kecantikan.

Agak pelik bila kita dengar kolej pengajian pun berminat mengeluarkan produk kecantikan. Kini tak pelik lagi, malah  Pusrawi International College of Medical Science (PICOMS) melalui PICOMS Trade Centre (PTC) dah menambah cabang dengan mengeluarkan produk kosmetik jenama Meriel.

Dr. Mohd Zubir Sheikh Saad

Mungkin statusnya sebagai pusat pengajian berkaitan sains membuatkan kebolehpercayaan terhadap mutu produk mereka lebih tinggi.

“Unit PTC yang bertangungjawab mencipta dan memformulasikan produk kesihatan dan kosmetik kecantikan yang berkualiti, terjamin dan berkeyakinan serta kepercayaan terhadap produk buatan tempatan bertaraf global,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PICOMS. Datuk Dr. Mohd. Zubir Sheikh Saad semasa melancarkan produk Meriel di Saloma Bistro, Kuala Lumpur semalam.

Rangkaian produk Meriel yang kini di pasaran ialah Meriel Skincare Whitening Set, Meriel Skincare Acne Set dan Meriel Long Lasting Matte Lipstick.

Sebelum ini mereka sudah mengeluarkan produk minuman kesihatan iaitu kolagen Meriel dan Garcinia Meriel yang mendapat pasaran meluas di Dubai.

“Kami yakin produk yang dikeluarkan bakal mendapat sambutan kerana harga yang berpatutan dan kualiti yang terjamin. PICOMS memastikan produk yang dikeluarkan adalah patuh syariah, halal, suci dan boleh digunakan tanpa was-was,” tambah Mohd. Zubir lagi.

Mereka juga mencari agen di seluruh negara. Kepada yang berminat boleh mendapatkan maklumat dengan menghubungi talian 017-217 1278. Maklumat di Instagram pula boleh dilayari di akaun Meriel_Beauty_Health.