Sepuluh individu Asia dari 10 negara akan bersama sama bersaing dalam The Amazing Sunway City Challenge.

Ia pasti sangat menarik kerana instafamous yang terpilih sangat popular di negara masing masing.

Malaysia diwakili juruhebah Jaa Suzuran, Filipina dengan Medyo Maldito, India pula ada RJ Abhinav manakala Indonesia diwakili Michelle Joan.

Singapura ada Matthew Stewart, Taiwan diwakili Ironbull, Thailand dengan SorDor Style serta China dengan Gong Yi.

Turut terpilih Hong Young Gee dari Korea Selatan dan Hadia Ghaleb dari Mesir. Gabungan mereka mencecah lebih 54 juta pengikut di media sosial. Jenn Chia akan menjadi hos program realiti di atas talian ini.

Peserta yang akan bersaing.

Jaa Suzuran mahu pikul tanggungjawabnya untuk mengharumkan nama Malaysia di peringkat Asia dan antarabangsa menerusi program tersebut.

Jaa dan peserta lain akan berhadapan dengan pelbagai aktiviti mencabar di sekitar Sunway City.

“Ketika dilamar untuk menyertai pertandingan ini, saya sendiri tidak tahu kenapa saya dipilih. Namun, apa yang boleh saya cakap mereka memilih saya berdasarkan pengikut di laman sosial instagram yang kini berjumlah 1.2 juta.

“Bukan itu sahaja, mereka mahukan seorang insta famous yang boleh bercakap spontan, bersahaja dan mempunyai personaliti yang menyenangkan.

Jaa mahu harumkan negara

“Dalam masa yang sama, pihak penganjur juga ada memberitahu kriteria lain yang turut diambil kira adalah mereka berperangai gila-gila dan bijak menarik orang ramai menonton gelagat mereka di laman sosial menggunakan apa sahaja cara, ” kata Jaa.

Antara aktiviti mencabar yang akan dilalui oleh peserta ialah cabaran gelongsor air terbesar dunia di Sunway Lagoon iaitu Vuvuzela dan bertarung di gelanggang ski ais Sunway Pyramid.

Hadiahnya mata Sunway Pals bernilai RM25, 000 dan sebuah telefon pintar Samsung Galaxy Note 9.

Peminat boleh mengikuti gelagat para peserta melalui empat episod web yang akan ditayangkan pada Februari 2019. Program ini akan ditayangkan di laman Web rasmi SAYS.com, IDN Times, ET today, Line.tv, LUVE, serta platform  rasmi media sosial Sunway City dan WebTVAsia.