Penganjur konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018, WGW Entertainment menyemarakkan lagi promosi konsert dengan mengadakan pertandingan nyanyian lagu-lagu kumpulan rock tersebut dengan hadiah lumayan.

Konsert yang disokong oleh Malaysia Major Events (MME), bahagian Konvensyen dan Biro Pameran Malaysia (MyCEB), di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu akan diadakan di Stadium Merdeka pada 25 April, pukul 8.00 malam.

Sebelum penonton berpeluang menonton OneRepublic beraksi di pentas yang gah itu, pihak WGW Entertainment turut mengatur peluang kepada bakat-bakat baharu untuk mencuba nasib sebagai penyanyi, pertandingan nyanyian ini akan dirasmikan oleh Pengurus Besar Malaysia Major Events (MME) Tony Nagamaiah.

PENCARIAN BAKAT BAHARU merupakan pertandingan nyanyian bersempena dengan konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018. Peminat OneRepublic atau sesiapa sahaja yang mampu mendendangkan lagu kumpulan tersebut ini adalah peluang keemasan untuk anda mencuba nasib. Pemenang untuk pertandingan tersebut bakal membawa pulang wang tunai dan tiket konsert.

Pertandingan ini terbuka kepada sesiapa sahaja, sama ada solo atau berkumpulan. Semua penyertaan mesti dihantar ke http://player.lemonadebox.com/2018voicehunt sebelum 4 April 2018 (sehingga 11.59 malam).

Peserta akan bertanding pada 7 April 2018 di Ruang Legar, Berjaya Times Square Kuala Lumpur  bermula pada pukul 4.00  petang.

Peserta akan dinilai berdasarkan empat kriteria iaitu suara dan bunyi, irama dan tempo, vokal dan persembahan pentas. Semua peserta mesti membuat persembahan dengan mendendangkan lagu OneRepublic dan sila bawa sendiri salinan trek instrumental dalam format MP3 atau Audio CD. Peserta juga boleh mengadakan persembahan dengan tambahan alat muzik sendiri. Terma dan syarat lain dalam pertandingan ini telah ditetapkan.

HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI:

Hadiah Pertama : RM3000 + 2 tiket ROCK ZONE bernilai RM578

Hadiah Kedua : RM2000 + 2 tiket ROCK ZONE bernilai RM578

Hadiah Ketiga : RM1000 + 2 tiket ROCK ZONE bernilai RM578

Tujuh finalis lain layak menerima dua keping tiket CAT3 yang bernilai RM298.

Promosi eksklusif akan diadakaan sempena PENCARIAN BAKAT BAHARU di Berjaya Times Square KL bagi peminat yang telah membeli tiket konsert layak untuk menerima poster selagi stok masih ada.

Dengan pembelian di Berjaya Times Square KL pada hari berkenaan, anda layak mendapat diskaun 5% untuk tiket konsert. Promosi ini untuk satu hari sahaja. Kaunter tiket mula dibuka pada pukul 11.00 pagi hingga 6.00 petang.

Untuk maklumat lanjut mengenai PENCARIAN BAKAT BAHARU, sila rujuk Facebook @WGWEntertainmentor atau @UniversalMusicMY.

Dimaklumkan bahawa satu zone tiket OneRepublic Live in Malaysia 2018 telah habis dijual dan jualan untuk zone lain juga semakin mendapat sambutan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.ticketcharge.com.my atau hubungi +603-9222 8811.