Kepada para pelukis dan pencinta seni, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Pertandingan Melukis secara langsung “Open Plein Air Challenge” yang akan berlangsung di perkarangan Kellies Castle, Batu Gajah, Perak, Darul Ridzuan.IMG_20160211_9970Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan juga bukan warganegra. Acara tersebut akan berlangsung pada hari Sabtu 12 Mac 2016 bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Penyampaian hadiah pula akan dilakukan pada pukul 3.30 petang.

Tempat pertama akan menerima wang tunai sebanyak RM3,000.00 berserta sijil dan lain-lain.

Manakala tempat kedua pula pemenang akan membawa pulang wang tunai bernilai RM2,000.00 berserta sijil dan lain-lain, tempat ketiga pula adalah wang tunai berjumlah RM1,000.00 berserta sijil dan lain-lain.IMG_20160211_45374

10 hadiah saguhati bernilai RM300.00 berserta sijil juga disediakan. Para peserta yang lainnya juga akan menerima Sijil penghargaan dan sehelai T-Shirt.

Pelukis perlu membawa peralatan sendiri seperti kertas, kanvas dan sebagainya.
Pelukis wajib berada di lokasi semasa melukis. Setiap peserta hanya boleh menghantar satu karya sahaja. Saiz karya yang telah ditetapkan adalah A2@42cm x 56cm @ ½ Imperial. Medium adalah bebas.

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah hubungi En Abdul Rahman: 018 293 0180 ataupun Port Ipoh 05- 241 2287