Kalau tiada aral, pasangan pelakon Atikah Suhaime dan Awi Rafael akan bernikah pada Mac depan. Agak-agak bagaimana persiapan perkahwinan mereka?

Kata Atikah, persiapan perkahwinan mereka sudah hampir lengkap. Walaupun ada percanggahan dengan kehendak keluarga, namun perancangan berjalan lancar. Dia sendiri sudah mempersiapkan diri untuk bergelar isteri.