Dah banyak dah persatuan artis ditubuhkan. Ada yang elok perjalanannya dan ada juga yang penuh sensasi.

Terbaru sekumpulan artis yang memperjuangkan muzik dangdut tubuh persatuan sendiri.

IMG_20160516_15304PERSATUAN BINTANG DANGDUT MALAYSIA (BINTANG) ditubuhkan oleh Ifa Raziah dan kawan-kawan yang sama sama perjuangkan muzik dangdut.

Ifa sendiri bertindak selaku Presiden Penaja dan Ani Maiyuni pula pikul tugas Setiausaha.

Esok, 17 Mei 2016 satu sidang media dan pelancaran Bintang akan diadakan di Kuala Lumpur. Majlis dijangka meriah dengan himpunan artis dangdut popular dan baharu.

Majlis mendapat kerjasama penaja utama, JAMU MAK DARA. Kebetulan JMD menaja program Dangdut Star yang kini disiarkan di Astro Prima dan Maya HD. Pesertanya juga bakal memeriahkan suasana.IMG_20160516_49392

Ani Maiyuni berkata AJK penaja mendapat restu penyanyi dangdut senior untuk menggerakkan persatuan ini. Mereka menyokong penuh walaupun tak boleh bersama-sama sebagai ahli jawatan kuasa.

“Kami buka penyertaan kepada artis yang pernah rakam album dangdut. Idea menggerakkan persatuan ini sebab kami tidak mahu artis dangdut dipinggirkan.

“Kami juga ada misi untuk mengembalikan kehangatan lagu dangdut. Sebenarnya kami semua masih aktif, malah undangan show masih berterusan.IMG_20160516_1641

“Daripada situ kami tahu masih ramai penggemar muzik dangdut. Banyak agenda yang kami rancang untuk kebaikan artis dangdut juga,” kata Ani.

Antara misi yang mahu diperjuangkan ialah mengembalikan kategori album/lagu dangdut terbaik dalam Anugerah Industri Muzik.

“Saya yakin, kalau ada kategori dangdut dalam anugerah, ia boleh menggalakkan artis merakam lagu,” kata Ifa kepada Gondang Online semasa ditemui baru- baru ini.