Rappers Sonaone melancarkan album sulungnya hari ini. Album berjudul Growing Up Sucks itu mengisahkan perjalanan hidupnya.

Tutup mulut bicara cinta.
Tutup mulut bicara cinta.

Malah kisah peribadi pasal hati dan perasaan juga ada dalam album tersebut.

Semasa ditemui media selepas pelancaran album di Kuala Lumpur petang tadi, Sonaone meminta maaf kerana dia tidak bercakap pasal personal.

Ada yang bertanya pasal dirinya yang dikatakan sudah berpunya. Pastilah ada yang nak tahu siapakah gerangannya.

“Tapi semua kisah peribadi saya ada dalam lirik lagu saya, cubalah buat kajian,” kata Sonaone.IMG_20160220_42737

Album itu memuatkan lagu lagu lama dan lagu baru. Namun lagu lama yang dimuatkan itu tidak pernah dipasarkan dalam format cakera padat.

Sementara itu penyanyi kacak kacukan Melayu dan Perancis itu akui proses hasilkan album sulung itu mengambil masa lama.

“Bagi saya album sulung seharusnya menjadi album masterpiece, ia seharusnya jadi album terbaik.

“Sebab itu saya beri judul album ini Growing Up Sucks. Inilah lagu yang saya dapat ilham semasa mula mula merancang menghasilkan album.IMG_20160220_15975

“Ia sebuah perjalanan hidup saya semasa melangkah ke alam kedewasaan. Menjadi dewasa bagi saya amat payah kerana kita kena menjadi bertanggung jawab dan ada tugas dalam kehidupan.

“Kalau kanak kanak, kita tak fikir pasal kerja, dan tak ada apa apa masalah, bila dewasa pastinya kita akan melalui cabaran, itulah isi lagu Growing Up Suck,” kata Sonaone.

IMG_20160220_2909