Selepas pemuzik Ude Wahid, suami pelakon Izreen Azminda membuat permohonan menceraikan isteri pertama, Intan Liana baru-baru ini, bukan main Izreen kena kecam.

Dalam pada itu ada juga yang menyokong Intan, malah ada yang cuba membantu dengan menawarkan kerja yang sesuai dengannya. Seorang pereka, Koserani memuatnaik status mahu memilih Intan memperaga busana muslimah.

Koserani kesal niat murni dipertikai.

Nampaknya hasrat murni pereka itu juga menjadi bahan dan ada yang memcelanya dan menuduh dia cuba mangammbil kesempatan. Niat murninya dipertikai.

Ini luahan Koserani dalam laman sosial Facebooknya hari ini.

“Saya la pencetus nak ambil Intan Liana jadi model dan lepas tu banyak pihak buka mata. Tapi susah nak buat baik, ada aje yang tak puas hati. Nak buat jahat atau buat bodoh… senang je terus viral.

“Ada je yang mencemuh dan kecam niat baik saya nak ambil Intan Liana sebagai model busana Muslimah. Antara komen dan mesej yang saya dapat:-
* Buat apa nak campur hal rumah tangga orang… mereka belum cerai lagipun.
* Biarlah edah habis dulu, ni dah sibuk nak ambil orang jadi model.

Bersama seorang model lelaki.

“Macam-macam la komen¬†termasuk kata aku nak ambil kesempatan dan nak popular. Orang tak tau niat kita, suka-suka¬† je cakap. Emak saya dulu janda dangan lima anak, bapa kahwin lain tinggalkan kami. Jadi saya tahu lah susah payah seorang janda atau ibu tunggal.

“Emak dah macam lelaki kerja kilang papan, adik tak pernah minum susu hanya minum air bergula sebagai susu. Sardin satu tin kecil share enam orang (masa tu sardin makanan orang miskin dan harga murah ).

“So takkanlah tunggu edah habis baru si Intan tu nak keluar cari kerja? Agama Islam kan agama yang mudah. Sedangkan babi pun dihalalkan jika masa darurat dan tak de lagi makanan. Pasal belum cerai tu…pula, bukankah memang dia nak dilafaz cerai pada tarikh 22 hari bulan nanti? So… soon or later kena cerai juga. Hmmm… patutlah orang semakin banyak buat jahat dan malas buat kebaikan,” tulisnya.