Peliknya pantanag sorang artis tu. Dia tak boleh lalu bawah tali. Kejadah apa yang boleh membawa bahana kalau dia lalu bawah tali. Kenan tali ke apa ni?

Alkiahnya macam ni, baru-baru ini semasa menjayakan satu show terbuka kepada orang awam, ada seorang PA kepada sorang artis tu yang beriya-iya nak minta penganjur gunting tali lebar yang menjadi sendal pengukuh untuk kuatkan tiang pentas dan tiang-tiang lampu tepi pentas.

Alasannya, artis dia tak boleh lalu bawah tali. Empat kali juga cubaan dia minta penganjur potong tali tu bila dah makin dekat giliran artis nak naik pentas untuk hiburkan pengunjung.

Dia tak pentingkan keselamatan ke? Kalau potong tali tu, PA tu mungkin boleh mati, dengan artisnya sekali boleh terhempap tiang-tiang besi tepi pentas tu. Apa masalah dengan tali tu?

Tak tahulah kut kut artis tu ada amalan pelik. Pakai Mak Esah (berbomoh) ke sampai  tak boleh lalu bawah tali bagai tu? Kot ya pun ada ilmu Mak Esah, janganlah nak bagi tahu satu negara dik. Pecah rahsia artis awak tu.

Gondang Laser: Ingatkan zaman teknologi ni tak ada dah ilmu Esah Esah ni. Ada lagi rupa-rupanya.