Pengiran Khairul Qayyum merupakan bintang baru yang bakal mewarnai industri seni tanah air. Dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah pada tahun 1992. Ketika berumur 17 tahun, beliau mula menyedari mempunyai bakat menari, menyanyi dan berlakon. Setelah menamatkan pendidikan tingkatan lima, Qayyum memilih untuk menjadi anak seni dengan satu matlamat untuk mengejar dunia glamour. Menyambung pengajiannya di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Sepanjang 3 tahun berada di ASWARA, belaiu menyedari bahawa seni itu bukanlah untuk mengejar populariti semata-mata tetapi seni itu merupakan satu medium ekspresi diri. “Saya seorang yang mempunyai sifat berpendirian tetap tetapi senang untuk dibawa berbincang dan seorang yang gemar untuk mencari pengalaman dan mencuba sesuatu pekara yang baru yang boleh memberi faedah kepada saya” ungkap Qayyum.

Di ASWARA, telah didedahkan dengan pelbagai jenis bentuk seni, seperti seni lakon, seni tari ,seni suara dan bnyak lagi. Qayyum melengkapkan pengajian didalam program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam pengkhususan Seni Tari (persembahan) pada tahun 2015. Qayyum telah menimba pengalaman bekerja bersama koreografer antara bangsa dan melibatkan diri di dalam persembahan, produksi dan festival sebagai penari. Selain daripada itu, belaiau juga pernah berkolaberasi bersama beberapa koreografer antarabangsa seperti Riky Von Falken dari Jerman di dalam produksi Echo 2. Un Yamada dari Jepun di dalam produksi One Piece dan Hiroaki Umeda dan Hokuto Kodama dari Jepun bersama Hwang Soohyun dari Korea untuk produksi Asia Superposition di Korea.

Qayyum juga pernah menerima beberapa anugerah sepanjang penglibatan dalam dunia seni tari, tahun 2014, belaiu menerima anugerah Best Group Performance, bagi produksi Flatland dan pada tahun 2015 dan 2016 Best Group Performance bagi produksi Becoming King, kedua-dua anugerah tersebut dianugerahkan dari The BOH Cameronion Arts Award. Selain bekerjasama dengan koreografer antarabangsa, Qayyum juga pernah melibatkan diri dan berkolaberasi bersama penari dan koreogerafer tempatan seperti produksi Cross Waves & Moving Jetties yang merupakan produksi tari kontemporari bersempena Butterworth Frindge Festival pada tahun 2015.

Pernah memegang watak utama didalam produksi Dramatari Puteri Hang Li Po anjuran Fakulti Tari ASWARA pada tahun 2015. Sekarang Qayyum bekerja sepenuh masa bersama sebuah syarikat swasta iaitu ASK Dance Company yang diterajui oleh Dr. Joseph Gonzales. Syarikat ini, menerima tajaan sepenuhnya daripada Yayasan Sime Darby, Malaysia.

Anak muda ini maju setapak lagi dengan membuka sebuah studio tari di Kajang. Studio itu di beri nama Q Space Studio. Q Space memberikan perkhidmatan selain kelas menari, perkhidmatan lain seperti kelas vokal, kelas lakonan, studio fotografi, butik pakain, menyediakan ruang untuk pelbagai acara dan juga perkara berkaitan seni.

 

 

 

 

 

Gondang Online mengucapkan Syabas buat Qayyum, semoga berjaya

 

dalam semua bidang yang diceburi.