Pengarang Gondang Online Rosli Manah menerima Anugerah khas dari Pengarah Urusan Jamu Mak Dara.
Pengarang Gondang Online Rosli Manah menerima Anugerah khas dari Pengarah Urusan Jamu Mak Dara.

Tahniah diucapkan kepada Pengarang Gondang Online iaitu Rosli Manah kerana telah menerima Anugerah Khas dari Syarikat Jamu Mak Dara Sdn Bhd bersempena meraikan hari ulangtahun Jamu Mak Dara yang ke 10. Malam tersebut juga merupakan malam bagi menghargai jasa dan sumbangan pihak media.

Malam media yang bertempat di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) bertemakan ‘Bollywood, Black And Gold’ menyajikan pelbagai aktiviti menarik antaranya cabutan bertuah, pertandingan karaoke serta dihiburkan dengan persembahan malar segar dari Jaafar Onn dan Rohana Jalil.

Pengarah Urusan Jamu Mak Dara Sdn Bhd, Syed Muhammad Gadaffi Syed Ali atau lebih dikenali sebagai Habib sempat berkongsi kisah duka lara dalam meniti kehidupan ketika menyampaikan ucapan yang cukup menyentuh rasa. Segala bantuan yang diberikan oleh pihak media amatlah dihargai. Tanpa bantuan dan kerjasama pihak media, saya yakin usaha ini akan menjadi sukar. Berkat kesabaran yang tinggi serta bantuan dan sokongan padu dari rakan media kini beliau sedang meniti kejayaan.

“Selamat hari ulang tahun yang ke 10 Jamu Mak Dara”

Jaafar Onn, Ibu Halimah, Rohana Jalil dan Habib
Jaafar Onn, Ibu Halimah, Rohana Jalil dan Habib