Personaliti televisyen terkenal di Riau, Indonesia, Ezy Aza sering mendapat undangan menjadi pengacara majlis pernikahan dan perkahwinan masyarakat di Kepulauan Riau, Indonesia.

Pengacara di saluran Riau TV itu terkenal dengan keupayaannya membangkitkan rasa kasih sayang kepada ibu bapa yang membuatkan pengantin dan hadirin mengalirkan air mata sebab insaf dan sedih.

Semasa mengendalikan majlis pernikahan.

Dia menggunakan kelebihannya yang meminati pantun, syair, gurindam serta menyanyi semasa membawa acara membuatkan kemunculannya berbeza dibanding pengacara lain.

Dia sering diundang menjadi pengendali majlis orang kenamaan, pegawai kerajaan serta kalangan orang biasa.

Pengantin kelihatan sebak sebelum dinikahkan.

“Saya menekankan kepada perasaan kasih dan sayang kepada ibu bapa. Sebab itu sebelum akad nikah dimulakan, saya menggunakan kata-kata yang membayangkan betapa besar pengorbanan ibu bapa membesarkan pengantin yang kini bakal diserahkan kepada orang lain.

Bersama penari Dondang Sayang pimpinannya menyerikan majlis perkahwinan.

“Setiap kali mengacarakannya, pengantin, ibu bapa akan menangis. Ada juga hadirin yang turut terkesan dengan bait-bait ayat yang saya tuturkan. Bukan setakat berkata-kata, saya juga akan bergurindam untuk membangkitkan perasaan sedih,” kata Ezy.

Ezy juga melalui pelbagai pengalaman, termasuk ada pelanggan yang menggambarkan mereka tak banyak wang untuk mendapatkan perkhidmatannya dengan harapan saya terima bayaran yang rendah.

Salah satu majlis

“Saya terima sahaja sebab ada sahaja orang yang kurang berkemampuan yang mahu khidmat saya. Saya bukannya jenis meletakkan harga tinggi. Saya tak kisah. Tapi kes tadi, apabila saya ke rumahnya, saya terkejut kerana rumahnya besar dan ternyata dia seorang yang kaya,” kata Ezy.

Ada juga yang mencabarnya kerana tidak percaya dia boleh membuatkan orang itu menangis.

“Semasa berbincang dengan seorang Jeneral yang mahu menggunakan khidmat saya, dia berjanji tidak mahu menangis. Sekiranya saya boleh membuatkan dia menangis pada majlis pernikahan anaknya, dia akan menambahkan bayaran perkhidmatan saya.

Satu majlis resepsi perkahwinan.

“Semasa bekerja saya perhatikan sahaja riak wajahnya, ternyata dia juga akhirnya menangis dengan bait-bait ayat yang saya susun pada majlis itu,” jelas Ezy.

Selain terkenal di Riau, khususnya di Pekanbaru, Ezy juga pernah mendapat undangan mengacarakan majlis pernikahan di Singapura.

Kebanyakan pelanggannya ialah sesiapa yang pernah hadir ke majlis yang dia kendalikan sebelum itu. Promosi dari mulut ke mulut tanpa dia menguar-uarkannya.

“Saya harap ada yang mengundang saya ke Malaysia pula suatu hari nanti,” katanya yang turut memiliki kumpulan kesenian yang diberi nama Dondang Sayang.

Kumpulan Dondang Sayang yang terdiri daripada pemuzik, penari dqn penyanyi itu sering diundang ke majlis perkahwinan serta majlis yang berkait dengan kebudayaan.