Pertandingan AF Megastar antara program realiti hiburan yang sedang hangat sekarang. Minggu depan iaitu pada 22 Oktober dah masuk ke peringkar final. Idayu, Bob, Marsha, Syamel dan Shahir berentap di final nanti.

Siapa agaknya yang bakal jadi juara? Peminat dan pengikut AF Megastar meramal Idayu yang bakal diangkat sebagai juara. Idayu ialah salah seorang peserta Akademi Fantasia 3 yang kecundang di tengah jalan pada masa itu kerana undian tak memihaknya.

Mereka menilai berdasarkan prestasi saban minggu serta kecenderungan juri merangkap pengkritik tetap yang sentiasa memberi pujian.

“Saya tetap sokong Syamel. Saya sudah nampak siapa yang bakal jadi juara (Idayu).  Tapi tak kisahlah… bagi saya Syamel masih muda dan perjalanannya dalam bidang seni ini masih jauh dan masih ada cahaya cerah,” kata salah seorang peminat Syamel, Siti.