Q Space Studio yang terletak di Lot A-41-1A, Jalan Prima Saujana, Seksyen 2, Kajang, Selangor telah dilancarkan oleh Dr. Joseph Gonzales dengan meriahnya. Menurut pemilik dan pengasas studio ini Pengiran Khairul Qayyum bin Awang Omar, Q Space Studio merupakan sebuah studio yang mempunyai reka bentuk yang menarik dari segi ukuran keluasan dan ketinggian di ruang latihan.

Selain itu setiap bahagian ruang di premis tersebut mempunyai laluan yang menghubungakan antara satu kawasan dengan kawasan kerja yang lain, dalam masa yang sama ia bertujuan untuk memberi keselesaan kepada individu yang hadir ke ruang ini dan memudahkan mereka untuk berkerja di dalam studio tanpa sebarang gangguan.

Dr. Joseph Gonzales sedang melancarkan perasmian Q Space Studio sambil diperhatikan oleh kedua ibu bapa Pengiran Khairul Qayyum

Menurut Qayyum sokongan dan dorongan dari keluarga memberi suntikan semangat untuk beliau menjadi usahawan muda dalam bidang kesenian terutamanya seni persembahan. Semasa majlis pelancaran Qayyum telah mempersembahkan sebuah tarian yang cukup bertenaga, membuatkan ramai tetamu terpukau dengan kelembutan dan pergerakan tubuh Qayyum.

Malah ada kedengaran dari para tetamu yang tidak puas melihat persembahan Qayyum, kalau boleh mereka mahu Qayyum menari lebih lama lagi.

Pengiran Khairul Qayyum sedang memberikan ucapan

Q Space Studio telah ditubuhkan pada tahun 2016 dengan misi utamanya menyediakan ruang kepada penggiat seni yang ingin membuat eksperimentasi dalam penghasilan karya baru. Q Space Studio menawarkan pengajaran seni tari tradisional, moden dan kontemporari.

Selain tarian, Q Space Studio juga menyediakan perkhidmatan seperti kelas vokal, kelas lakonan dan juga menyewakan ruang untuk acara kesenian.

Majlis pelancaran turut diserikan oleh kehadiran penyanyi lagenda Uji Rashid, Hail Amir dan ramai lagi. Kepada mereka yang inginkan perkhidmatan dari Q Space Studio bolehlah hubungi Pengiran Khairul Qayyum: 012-9431561 atau Dayangku Khaltieazie (Azie): 0105672616.

Persembahan Pengiran Khairul Qayyum cukup bertenaga