Alahai pelakon yang sorang ni. Namanya dah makin suam sebab banyak muncul wajah baru yang dapat perhatian stesen TV.

Baru-baru ini adalah yang offer kat dia untuk muncul dalam satu projek. Tapi bila dia tahu ada satu nama baru yang akan bersama-sama dengan projek tu dia macam tak menunjukkan minat.

Dia kata tak nak berlakon dengan pelakon baru yang dia kelaskan sebagai pelakon kayu. Amboi… awak dulu pun kayu jugak lah. Bukannya muncul sahaja terus bergegar lakonan awak tu.

Memanglah Gondang pun akui pelakon baru tu masih kekayu-kayuan lagi lakonannya. Nak buat macam mana dah stesen TV suka penampilannya, namanya luluskan untuk projek tersebut.

Tak payahlah awak yang sama-sama cari makan sebagai pelakon nak memperlekehkan dia macam tu. Sepatutnya awak boleh tegur dan ajar semasa di lokasi. Sama-sama menaikkan industri.

Tak tahulah kalau dalam hati dia timbul rasa jaki bila pelakon yang baru tu terus menjadi tumpuan. Tak baik macam tu.

Gondang Laser: Lama dah tak nonton drama sebab jalan ceritanya sama sahaja. Nama watak aje bertukar.