Biar betul… ada pelakon wanita yang menyesal menukar imej bertudung. Alasannya tawaran berlakon makin kurang.

Suatu ketika dulu pelakon ni lebat jugak berlakon. Tapi sekarang ni sepi sikit.

Mungkin juga tak ada watak sesuai dengannya kut. Tapi tak sedaplah kalau luah perkataan menyesal. Macam tak ikhlas pulak masa ambik keputusan bertudung dulu.

Yalah… sekarang ni ramai pelapis baru yang muncul macam Zahirah MacWilson, Amyra Rosli, Ayda Jebat dan ramai lagi.

Heroin baru makin banyak pilihan dan mungkin tak ada watak yang sesuai dengan awak.

Tak baiklah buat alasan tak dapat watak sebab bertudung. Gondang Laser nampak banyak aja job pelakon bertudung… jadi lead lagi.

Entahlah Dik… Harap harap adik muhasabah diri. Bertudung tu kan terbaik? Agaknya awak sedang diuji tu… terserahlah kepada awak untuk melaluinya macam mana.

Gondang Laser: Tak respek bila ada artis bertudung yang sanggup membukanya semasa bercuti ke luar negara.