LP IPPelakon kacak yang sorang ni cukup hangat. Apatah lagi bila drama lakonannya dapat sambutan.

Ada jugak Gondang Laser dengar dia rapat dengan seorang pelakon sebaya yang cantik.

Namun dia dan pelakon wanita itu tak pernahlah buat pengakuan cinta. Orang sekeliling yang hebahkan. Namun tengok gayanya macam dia sukakan pelakon cantik tu.

Tapi dalam masa yang sama dia asyik pula mengayat seorang pelakon wanita baru. Guna ayat power melalui What Apps.

Alkisahkan seorang jurusolek ternampak mesej pelakon kacak itu kepada pelakon baru. Bukan sahaja ternampak, malah siap membacanya.

Amboi bang… powernya ayat memikat. Siapa yang dia cari sebenarnya? Atau nak pasang keliling?

Yalah dia nak ubat hati luka akibat putus cinta dengan buah hati tidak lama dulu.

Gondang Laser: Jangan berlagak kasanova bang… nanti busuk nama tu.