Kepada peminat lukisan Cat Air jangan lepaskan peluang untuk menghayati karya 19 pelukis Cat Air Malaysia. POSTER OLAHPameran yang diberi judul “OLAH” ini akan berlangsung di Creative Space, Bangunan Pentadbiran Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) Kuala Lumpur bermula dari 26 Mac sehingga 10 April 2016. Manakala perasmian pameran ini akan diadakan pada 2 April 2016 (Sabtu), pada jam 10.30 pagi oleh Y.Bhg. Tan Sri Samsudin Osman, Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Di antara pelukis yang terlibat adalah Mokhtar Ishak, Maamor Jantan, Shafie Hassan, Amiruddin Ariffin, Aminah Abd. Rahman, Faizal Zainal, Mazuki Muhammad, Shaarim Sahat, Hisham Salmin, Padi Razak, Abey Zoul, Maroz Khuzaini, Ryzal Misran, Azman Nor, Jamal Tommy, Rohaizad Shaari, Razlan Mat, Ismail Alias dan Wan Borhanuddin.

Pelukis Azman Nor merupakan tunjang utama dalam mengendalikan pameran ini serta dibantu oleh rakan artis lain, mendapat kerjasama sepenuhnya dari LPSVN, WASG dan Gangsta Watakala.

Datanglah beramai-ramai, anda semua dijemput hadir!