Ruang pameran dan jualan Kumpulan Utusan sempena Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini mendapat sambutan hangat pengunjung.
Seawal pagi delegasi sempat singgah di dewan pameran Kumpulan Utusan dan Utusan Karya Sdn. Bhd. sebelum memasuki dewan acara.

Kaka dan peminat.

Jualan hamper pewangi jenama URTV dan tudung Hijab mendapat sambutan menggalakkan. Mug eksklusif yang dihiasi foto pemimpin tertinggi UMNO dengan pakej.bersama pewangi menjadi tarikan utama.

Ali Rustam membawa pulang hamper URTV.

Sementara itu aktiviti Mangga Media bersama penyanyi Kaka Azraf turut menarik perhatian pengunjung. Kaka menyanyi diiringi buskers serta bermesra dengan pengunjung.
Shiha Zikir turut singgah ke booth Airish London. Dia ialah duta kepada produk itu.

Shiha berbedak di booth Airish London.

Hari ini ruang pameran dikunjungi pemimpin-pimimpin UMNO antaranya Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, Tan Sri Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka, Datuk Sri Ir. Idris Harun dan Datuk Jamal Yunus.

Ismail Sabri luang masa.

Dewan pameran UKSB akan diteruskan esok bermula pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Kaka dan Farol yang jadi pengacara.

Antara aktiviti yang bakal menghangatkan dewan pameran UKSB esok ialah sesi bersama pelakon Arja Lee dan URTV pada pukul 4.00 petang serta kemunculan Andi Bernadee, Bella Nazari dan Dewi pada pukul 3.00 petang yang dibawakan oleh Mangga Media.
Majalah iSihat membawakan sesi bual bicara kanser payudara bersama Prof. Dr.Norlia Abdullah pada pukul 10.00 pagi.

Andi Bernadee

Majalah Infiniti pula bersama games teka kotak hitam yang mnawarkan hadiah menarik pada pukul 11.00 pagi.