Restoran steam boat memang menjadi kegemaran masyarakat Malaysia. Ada yang menjadikannya sebagai satu alternatif untuk makan sesuatu yang lain daripada makanan ruji.

Restoran steam boat jenama luar negara banyak sekali di Kuala Lumpur. Namun bukan semuanya menyediakan juadah halal bagi masyarakat Islam. Salah satu restoran steam boat halal yang ada ialah jenama Pak John Steamboat & BBQ.

Antara yang disajikan.

Selepas enam tahun beroperasi, Pak John Steamboat & BBQ, membuka cawangan baharu. Mereka memilih  IOI City Mall, Putrajaya.

Pelancarannya disempurnakan oleh Datuk Rosyam Nor hujung Disember lalu. Cawangan pertamanya dibuka pada 2013 di eCurve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Meriahnya makanan.

“Salah satu sebab saya bersetuju merasmikan restoran ini ialah kerana statusnya yang halal,” kata Rosyam.

Pengarah Operasinya, C S Chong berkata, pembukaan cawangan baru itu bagi meluaskan operasi serta memberi peluang kepada pengemarnya  di kawasan Putrajaya dan sekitar.

“Sejak bermula enam tahun lalu, sambutan diterima amat baik dan bagi memenuhi permintaan penggemar makanan steam boat, kita membuka cawangan baru ini,” katanya kepada media selepas majlis perasmian itu.

Rosyam manandatangani plak

Chong berkata, pihaknya juga merancang membuka lebih banyak cawangan restoran itu pada masa akan datang dengan sasaran terdekat, pada tahun depan. Mereka sedang meninjau lokasi strategik untuk memastikan dapat menarik pelanggan.

 

Pengarah Urusan Pak John Steamboat & BBQ, David Chong turut hadir pada majlis pelancaran itu.

Pak John Stamboat & BBQ berkonsep buffet dengan harga RM42.90++ menyajikan 160 menu bahan makanan boleh direbus atau dipanggang. Ia juga menyediakan pencuci mulut seperti buah-buahan, sagu gula Melaka, tembikai susu cair, ais kacang dan aiskrim. Waktu perniagaannya pukul 10.00 pagi hingga 10 .00 malam.