Hebat sungguh penangan Nur2 ni. Bijaknya penulis dan pengarahnya mempromosikan drama sambungan tu.

Bermula pengumuman sambungan, kontroversi watak Juita, penggambaran bermula dan kini promosi OST pula.

Apabila penulisnya Shahrulezad Mohammedin memuatnaik pasal OST, pengikut drama terbaik itu mula tidak sabar mendengarnya.

Barisan penyanyi OST Nur2

“Introduce guy. Barisan penyanyi yang akan memeriahkan OST Nur2 kali ini. Ada Megat Mentor, Indah Ruhaila, Marsha, Amylea, Roman.

“Apa yang abang boleh katakan ada lima lagu baru yang dibuat khas untuk drama Nur2 kali ni yang dihasilkan dari air tangan Amylea dan Roman selaku komposer dan penulisnya.

“Pertama kali abam dengar ke lima lima lagu ni abam terus jatuh hati dan goosebumps. Hmmm…tak sabar nak kasi korang dengar sama. Just tunggu ajer kemunculan mini album OST Nur2 ni guys,” tulisnya.

Amylea dan Megat

Kemudian satu lagi posting berkait lagu tema utama nyanyian Amylea dan Megat Mentor.

“Jeng jeng jeng. Perkenalkan Megat Mentor akan berduet Amylea untuk lagu tema Nur2 berjudul Tetap Kamu. Sambungan dari lagu epic Tak Pernah Hilang. Abam dah dengar dah….seriously shit syedaapppp… Tak sabarnya nak kasik korang dengar,” tulisnya.

Bijak sungguh promosi drama Nur2. Sementelah ramai yang menunggu siarannya. Jadi sabar menanti ya.