Kumpulan pop rock ternama Amerika Syarikat, OneRepublic akan kembali beraksi di Malaysia pada 25 April ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Konsert OneRepublic Live in Kuala Lumpur 2018 anjuran WGW Entertainment merupakan sebahagian daripada rangka konsert bergerak mereka di Asia pada tahun ini. Selain itu, konsert ini juga bertujuan untuk mempromosi album keempat mereka yang berjudul Oh My My.

Konsert ini mendapat sokongan daripada Malaysia Major Events (MME), bahagian Konvensyen dan Biro Pameran Malaysia (MyCEB) di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Untuk konsert nanti, kumpulan OneRepublic bukan sahaja mendendangkan lagu-lagu terkini, malah mereka akan memukau penonton dengan rangkaian lagu hit yang dipetik daripada album terdahulu yang malar segar.

Bagi peminat kumpulan OneRepublic yang ingin menonton aksi hebat Ryan Tedder (vokalis/penulis lirik), Zach Filkins (gitar/vokalis), Drew Brown (gitar), Eddie Fisher (dram) dan Brent Kutzle (bes/cello/vokalis), jangan ketinggalan untuk mendapatkan tiket-tiket menerusi TicketCharge.

Konsert yang bakal berlangsung ini akan menjadi persembahan pertama OneRepublic di Malaysia selepas hampir setengah dekad tidak beraksi di hadapan penonton negara ini sejak 2013.

Album terkini mereka Oh My My menduduki tangga ketiga dalam carta muzik di Amerika Syarikat selepas dipasarkan pada Oktober 2016. Sementara itu, single baharu, No Vacancy dan Rich Love telah berjaya melonjak nama kumpulan tersebut dalam kalangan pendengar platform digital yang mencecah 21 juta.

Kumpulan yang ditubuhkan pada 2002, mula mendapat perhatian ramai menerusi sosial media MySpace sebelum bergelar artis dan menghasilkan lagu-lagu hit seperti Apologize, Stop and Stare, Counting Stars, Secrets dan If I Lose Myself sehingga menjadi salah satu kumpulan yang paling berjaya dan popular dalam dekad ini.

Sepanjang perjalanan kerjaya muzik mereka, OneRepublic telah memenangi beberapa anugerah muzik dan pernah tercalon dalam pelbagai anugerah termasuk Grammy Awards, American Music Awards dan Billboard Music Awards.

Tiket untuk konsert OneRepublic Live in Kuala Lumpur 2018 adalah seperti berikut:

  • RM668 (VIP, Tempat Duduk Bernombor)
  • RM578 (Rock Zone)
  • RM498 (CAT1, Tempat Duduk Bernombor)
  • RM398 (CAT2, Tempat Duduk Bernombor)
  • RM298 (CAT3, Tempat Duduk Bebas)
  • RM178 (CAT4, Tempat Duduk Bebas)

*Semua harga termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.

Peminat-peminat boleh membeli tiket menerusi www.ticketcharge.com.my atau menerusi talian 03-9222 8811. Tiket-tiket juga boleh dibeli secara langsung daripada wakil-wakil jualan tiket rasmi yang terdapat di Eden Ultimate Sdn. Bhd, 1Shamelin Shopping Mall, The Mines, The School by Jaya One, Blonde & Brunette Sdn. Bhd, Quill City Mall KL, Eastern Records Sdn. Bhd (Rock Corner HQ), Rock Corner The Gardens dan rangkaian kedai Speedy yang terpilih.

Konsert OneRepublic Live in Kuala Lumpur 2018 dianjurkan oleh WGW Entertainment dan disokong oleh  Malaysia Major Events (MME), bahaagian Konvensyen dan Biro Pameran Malaysia (MyCEB) di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, ODR LUBRICANTS dan PREMIUMLOGY sebagai rakan kongsi rasmi, MIX sebagai stesen radio rasmi yang turut disokong oleh ERA, MY dan HITZ, OD RACING sebagai rakan kongsi pasukan perlumbaan rasmi, APOLLO ASIA TRAVEL GROUP sebagai ejen pelancongan rasmi, PARADIGM EVENT sebagai rakan kongsi roadshow rasmi dan UNIVERSAL MUSIC.

Untuk keterangan lanjut jangan lupa ikuti Facebook @wgwentertainment yang akan memaklumkan perkembangan terkini konsert OneRepublic Live in Kuala Lumpur 2018 atau layari www.onerepublic.com untuk maklumat mengenai konsert ini.

Mengenai WGW Entertainment

WGW Entertainment merupakan penganjur dan promoter yang sering menjayakan konsert berskala besar dalam industri muzik dari dunia Barat dan Asia termasuk K-Pop dan Mandopop.

WGW Entertainment merupakan penganjur yang disegani kerana berjaya mengadakan beberapa acara secara langsung yang melibatkan ramai bintang ternama pelbagai genre muzik.  Ini memberi pengalaman cukup istimewa kepada peminat-peminat muzik.