Juara Gegar Vaganza 5, Noryn Aziz menjadi bintang utama persembahan makan malam amal anjuran Persatuan Karyawan Malaysia. 
Karyawan dan Yayasan Budi bakal menganjurkan majlis makan
malam gilang-gemilang yang bakal menampilkan persembahan hebat dari
beberapa artis tanahair yang diberi nama ”Malam Budi Bersama Bintang”
pada 14 Januari 2019 (Isnin) jam 8.00 malam bertempat di Hotel Seri Pacific
Kuala Lumpur.
Selain Noryn, acara diserikan lagi dengan artis lagenda Datin Paduka Julie Sudiro, Datuk Yusni Hamid, Salimah Mahmood,
Rozita Rohaizad dan A Rozaini.

Poster acara. 

Helmi Gimmick pula sebagai hos yang
pastinya akan menjadikan persembahan malam tersebut bakal diingati dan
menghiburkan.
Objektif utama Majlis Makan Malam ini ialah bagi mengutip dana yang
bakal digunakan bagi menampung kos operasi serta tabung kebajikan
Persatuan.
Jualan meja berharga RM10,000, RM5,000, RM3,000 RM2,000 serta tiket perseorangan berharga RM250 boleh didapati dengan menghubungi 012
2071400 / 011 28596452 atau talian pejabat 03 2092 5517.