Pelakon  Nora Danish dan suami, Nedim Nazri sedang teruja bila pelakon itu sah hamil tiga bulan.

Ia mengesahkan teka-teki mengenai kehamilan Nora selepas melihat fotonya ketika menghadiri majlis pernikahan pelakon Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran Engku Zainal Abidin yang dikongsi di laman sosial baru-baru ini.
Gambar itu jelas menampakkan Nora sedikit berisi dengan tanda perut sedikit membuncit.

Perut Nora mula membesar.

“Saya gembira dengan berita ini dan suami lagilah teruja. Cuma pada peringkat awal dan atas nasihat doktor, saya tidak boleh terburu-buru.
“Saya kena lebih berhati-hati dan atas nasihat doktor serta suami, kerja seni terpaksa diperlahankan.
“Tumpuan saya sekarang lebih kepada menjaga kandungan dalam perut ini,” katanya seperti laporan akhbar BH hari ini.
Tambah pengusaha label fesyen Owl By ND ini, suaminya gembira bukan kepalang.
“Sekalipun saya dan suami sudah mempunyai pengalaman memiliki anak, keterujaan itu jadi berbeza. Malah, ini menjadi tanda cinta saya dan suami.
“Nampaknya impian Rayqal hendak ada adik akhirnya dipermudahkan. Sebelum ini pun, dialah yang begitu mahu saya berikan adik,” katanya lagi.
Nora, 35, yang memiliki seorang anak daripada perkahwinan lalu, bernikah dengan Nedim pada 30 Mac lalu.
Mengenai jantina bakal anaknya, Nora dan suami, tidak kisah sama mereka bakal dikurniakan puteri atau putera.
“Tapi dapat anak perempuan pun okay juga… Boleh jadi penyeri dalam keluarga kami.
“Namun, semuanya masih terlalu awal untuk dijangka,” katanya.

Mengulas perkembangan kariernya, Nora memberitahu, dia sedang menimbang beberapa tawaran dan menanti tayangan filem Makrifat Cinta dan Bukan Cinta Malaikat.