Pada akhir tahun 90-an kumpulan XPose, Eva, Tops dan Princess antara yang menghangatkan industri.

Kini masing masing membawa haluan dan sudah lama menyepi. Namun persahabatan mereka kekal.

Inilah kumpulan Nona.
Inilah kumpulan Nona.

Bila berbincang dan masing-masing masih ada minat, maka tertubuhlah kumpulan Nona.

“Nona ni dianggotai oleh bekas anggota empat kumpulan wanita yang sudah berhijab,” kata Ayu bekas anggota XPose.

Anggota lain ialah Rina Eva, Tatty Tops dan Fida Princess. Mereka akan muncul dengan single baru tidak lama lagi.

“Muzik kami bersesuailah dengan imej kami sekarang, bukanlah dance music atau dangdut seperti kumpulan dulu,” sambung Ayu.