Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar memberi kelulusan khas pada kadar segera permohonan menduduki rumah PPR kepada artis popular Uji Rashid.

Noh memuatnaik status berkaitan kelulusan itu di laman Facebooknya hari ini.

“Sempat berbual dengan penyanyi yang banyak berjasa dalam industri muzik tanah air Uji Rashid yang datang ke pejabat saya tadi.

“Beliau ada memohon rumah PPR sebelum ini dan saya diberi maklum beliau akan diminta keluar dari rumah sewa di AmpangĀ  dalam masa terdekat atas sebab yang sangat menyedihkan.

“Memandangkan permohonan menepati syarat, saya beri kelulusan khas untuk beliau dan keluarga dapat mendiami PPR dengan segera.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi sinar baru dalam kehidupan Uji Rashid sekeluarga,” tulisnya.