Remaja yang sedang dalam fasa akil baligh akan mengalami perubahan ketara termasuk dari segi suara, emosi dan fizikal.

Antara perubahan besar yang perlu dihadapi adalah peluh berlebihan yang berpunca daripada kelenjar apokrin yang terletak di bawah lengan.

Apabila peluh bergabung dengan bakteria pada kulit, ia boleh menyebabkan masalah bau badan. Ada sesetengah remaja yang tidak menyedari bau badan ini, dan menyebabkan orang di sekeliling berasa tidak selesa.

Remaja perlu dibekalkan dengan pengetahuan tentang penjagaan diri yang baik supaya mereka dapat mengatasi masalah peluh dan bau badan dengan betul. Apabila mereka dilengkapi dengan pengetahuan ini, fasa remaja yang sememangnya sukar dari segi fizikal dan sosial boleh lebih mudah diatasi.

Memahami keperluan ini, NIVEA tampil dengan kempen ‘Penjagaan Diri Terbaek’ yang bertujuan untuk mendidik pelajar sekolah menengah di seluruh negara, cara-cara untuk memupuk tabiat pengajaan diri yang terbaik .

Kempen ini yang merupakan satu inisiatif berjangka panjang, akan membabitkan sebuah pasukan khas yang akan melawat sekolah menengah di bandar-bandar utama Malaysia.

Dalam setiap lawatan, mereka akan berkongsi sebuah ceremah selama 45 minit yang akan meliputi aspek-aspek utama kebersihan diri termasuklah penjagaan bahagian bawah lengan dan dandanan diri; khususnya kepada pelajar yang sedang mengalami perubahan akil baligh.

Untuk memberikan pelajar peluang untuk lebih melibatkan diri dalam kempen ini, kempen ‘Penjagaan Diri Terbaek’ turut mempunyai lagunya tersendiri yang bertajuk ‘Langkah Berkeyakinan’.

Dinyanyikan oleh penyanyi terkenal, Khai Bahar dan Nabila Razali, lagu yang disampaikan secara interaktif ini bertujuan untuk mendidik pelajar tentang penjagaan diri dan bahagian bawah lengan.

“Di Nivea, kami memahami perubahan yang dialami para remaja dan sokongan yang mereka perlukan untuk melalui fasa hidup yang berbeza ini.

“Kami berharap kempen ‘Penjagaan Diri Terbaek’ NIVEA dapat menjadi sumber rujukan terbaik mereka untuk mempelajari lebih lanjut tentang kebersihan diri dan penjagaan bahagian bawah lengan.

” Dengan menggunakan deodoran NIVEA dalam rutin harian, mereka akan dapat kekal segar, kering dan selesa sepanjang hari dan mencegah pembentukan bakteria yang menyebabkan bau badan. Kami juga berharap mereka dapat berkongsi ilmu yang dipelajari bersama pelajar lain agar tabiat penjagaan diri yang baik ini dapat diteruskan sehingga mereka dewasa kelak,” kata Ng Hock Guan, Pengurus Besar Beiersdorf Malaysia dan Singapura.

Para pelajar juga boleh menyertai kempen ini dengan mengambil bahagian dalam pertandingan muzik video ‘Penjagaan Diri Terbaek’ NIVEA dan berkongsi video mereka di platform digital seperti Facebook dan Instagram!

Mereka hanya perlu muat naik video ‘Langkah Berkeyakinan’ NIVEA mengikut kreativiti masing-masing atau menggunakan aplikasi kongsian muzik popular seperti Musical.ly, Tik Tok and Smule, dan kongsikannya di akaun media sosial mereka menggunakan hashtag #myNIVEA and #LangkahBerkeyakinan. Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook rasmi NIVEA, www.facebook.com/mynivea/, dan NIVEA Men, www.facebook.com/myniveamen/.

Pelajar-pelajar yang menyertai ceramah di sekolah-sekolah juga akan berpeluang mencuba deodoran NIVEA yang memberikan perlindungan selama 48 jam termasuklah Deodoran NIVEA Pearl & Beauty yang mengandungi ekstrak mutiara untuk kulit bawah lengan lebih licin dan cerah bagaikan mutiara; dan Deodoran NIVEA MEN Cool Powder yang memberikan sensasi dingin segera, keselesaan talkum dan kekeringan berpanjangan.

NIVEA Pearl & Beauty dan NIVEA MEN Cool Powder kini boleh didapati di semua kedai dan farmasi utama di seluruh negara dalam bentuk botol bebuli (roll-on) 50ml dan botol semburan (spray) 150ml dengan harga yang disyorkan RM10.66 dan RM16.51 (Semenanjung Malaysia & Sabah, Sarawak).

Ikuti www.facebook.com/mynivea untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen ‘Penjagaan Diri Terbaek’ NIVEA dan pertandingan muzik video. Untuk maklumat lanjut tentang produk NIVEA, sila layari https://www.nivea.com.my/.