Menjelang 8 Februari 2016, kaum Tiong Hua bakal menyambut Tahun Baharu Cina secara besar-besaran. Tuah ataupun ‘Ong” merupakan perkara yang amat digemari oleh mereka tetapi apabila individu yang dilimpahi dengan ketuahan menjadi tamak, apakah dia akan terus menikmati kesenangan itu?

Vince
Vince

Istimewa buat Tahun Baharu Cina, TV3 mempersembahkan sebuah telefilem menarik, “Baba Nyonya” yang dibintangi oleh Vince Chong, Aenie Won, dan Hanif Safwan menerusi slot Cerekama.

Kiranya Vince buat kemunculan istimewalah. Penonton yang turut ingin berasa bertuah pada Tahun Monyet ini bolehlah saksikan gelagat Vince dalam telefilem menarik ini pada 6 Februari 2016 pukul  9.00 malam.

Lebih menarik, TV3 juga tidak ketinggalan menyediakan filem-filem yang menghiburkan, termasuklah tiga filem penuh dengan aksi-aksi yang mendebarkan lakonan Jackie Chan iaitu The Tuxedo, The Medallion dan Police Story: Lockdown.

Vince dan Annie Won
Vince dan Annie Won

Nantikan juga filem-filem Hong Kong menarik seperti Wu Dang dan Legend of The Wolf lakonan Wenzhuo Zhao dan Donnie Yen. Peminat-peminat filem aksi juga dapat menyaksikan lakonan hebat Robert Downey Jr, Scarlett Johansson, Chris Evans dan ramai lagi dalam Marvel’s Avengers.

Selain itu,program bual bicara popular, Wanita Hari Ini (WHI) juga akan memaparkan beberapa kisah kejayaan dan inspirasi masyarakat Cina terutamanya kaum wanita pada hari pertama Tahun Baharu Cina.