Berat sungguh tugas juri Gegar Vaganza 3 ni. Bila ada keraguan sikit jenuh menghadap cercaan netizen yang tak berpuas hati. Malah ada yang mempertikaikan kredibiliti mereka.

Setelah minggu lalu sensasi dengan isu Elly Mazlein yang terasa hati dengan komen juri tetap Datuk Ramli MS, minggu ini sekali lagi bergegar bila Shidi diumumkan tersingkir walaupun Ameng sekali lagi terlupa lirik.gvshidi-2

Ramli dan Shidi
Ramli dan Shidi

“Sejak bila pula GV tak kisah pasal lupa lirik?,” itulah antara status pengguna laman sosial yang merujuk kepada kedudukan Ameng yang masih terselamat.

Macam-macamlah cercaan pengguna laman sosial yang pedas dan penuh dengan kata-kata yang tak sedap didengar.

Shidi reda.
Shidi reda.

“Seriously not fair #shididata out! I cant terima! His voice n performance gettin beta each week!
Haha marah tak tentu pasal plak aku! ┬áCoz Ameng da dua kali make the same mistakes! He lupa lyrics twice wokay!! N stil, eeerrrghhhhhh!!!” luah seorang pengguna Facebook.

“#Ameng siap silap n gelabah n stop pun leh selamat…. #Shidi yang nyanyi ok n xde silap tersingkir… maknanya.. kalau buat silap belum tentu tersingkir… dan nyanyi semua ok belum tentu selamat….” kata seorang lagi pengguna Facebook.

Apa pula komen Ramli MS yang bertindak selaku ketua juri? Dia akui penyingkiran Shidi akan menimbulkan seribu persoalan. Malah riak wajahnya juga kelihatan terkejut bila Shidi tersingkir. Sebab itu sebaik selesai program, dia sedia bersemuka dengan media bagi menjelaskan apa yang berlaku.

“Ini bukan keputusan saya… tapi kita ada tiga juri, jadi markah saya dicampurkan dengan markah dua lagi juri… dan markah purata inilah keputusannya,” kata Ramli.

Ramli terbuka mengatakan ikut pemarkahannya, Shidi bukanlah diberi markah terendah, namun markah purata mambuatkan dirinya tersingkir. Seorang lagi juri tetap ialah Datuk Khatijah Ibrahim dan juri jemputan minggu ini Datuk Zainal Abidin.

Ramli juga menolak andaian mengatakan Shidi disingkirkan kerana kurang nilai komersil untuk rating sesebuah program. Apa yang berlaku kerana markah keseluruhan terendah hasil pemarkahan purata ketiga-tiga juri.

Sementara itu, Shidi reda dengan keputusan. Namun pujian yang diberikan oleh Ramli terhadap persembahannya adalah sesuatu yang sangat berharga. Apatah lagi Ramli bukanlah mudah memberi pujian.

“Saya banyak belajar daripada Datuk Ramli sepanjang berada dalam GV. Saya rasa inilah pengalaman terbaik saya bila menyertai GV,” kata Shidi.

Lapan lagi bintang yang bertahan ialah Azharina, Zarul, GMie, Nora, Zur Eda, Siti Sarah, Intan Sarafina dan Ameng. Minggu hadapan mereka akan berentap dengan lagu-lagu rockdut (gabungan rock dan dangdut).