Penyanyi Datuk Nassier Wahab terkilan dan sedih dengan isu perumahan yang diterajui oleh Datuk Boy Iman yang kini sudah ditahan polis kerana dia dilantik sebagai duta syarikat baharu milik bekas pelakon itu, DBI Technology. SEcara tak langsung namanya turut terpalit.

“Apa yang berlaku di luar jangkaan saya dan sebagai duta, saya berjanji untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Saya masih belum bertemu Boy kerana baru pulang dari Mekah dua hari lepas. Isu dibangkitkan berkait syarikat DBI Property dan saya pula duta DBI Technology,” kata Nassier.