Penyanyi evergreen Datuk Nassier Wahab disindir kenalan rapat kerana gelaran yang diterimanya itu baru-baru ini.

Nassier memuatnaik luahan di dalam laman sosial Facebooknya pasal ada yang perlinya hari ini. Dia tak faham dengan gelagat kawannya itu.

Status tersebut mendapat respond positif kawan dan peminat yang meminta dia abaikan kata kata orang itu.

Nassier menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk daripada Istana Pahang bulan lalu.

Apalah manusia ini anugerah orang pun dipertikai. Ada yang komen mengatakan insan yang perli itu sebenarnya dengkikannya.

Malah ada yang lebih lantang meminta dia menjauhi orang macam itu serta membuat penilaian siapa sebenarnya kawannya.

“Kita jangan peduli apa yang orang kata. Kadang kadang yqng tak suka Nassier Wahab bergelar Dato tu kerana dia dengki dengn keupayaan Dato dalam segala apa bidang pun. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang sabar,” tulis pelakon Mek Habsah.

Seorang kenalan, Izan Atan pula menurunkan komen berbunyi: “Abaikan je kengkawan yang camtu Dato Nassier Wahab, jangan disimpan dalam hati dan bersyukur kerana Allah tengah beri kita pahala.
Kami ke sana juga, lepas je berbuka balik… Semoga Ramadan seterusnya membawa ketenangan jiwa.”