Tahniah kepada penyanyi evergreen Nassier Wahab yang dianugerahkan pingat membawa gelaran Datuk dari Istana Pahang dalam majlis berlangsung hari ini di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

“Alhamdullilah… majlis penganugerahan telah selamat dijalankan di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang,” tulis Nassier dalam laman sosial Facebooknya hari ini. Kenalan, peminat dan penggiat seni mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada Nassier diatas kurniaan itu.

Nassier seorang penyanyi yang memulakan karier pada pertangahan tahun 1980-an dan terus kekal aktif sehingga kini.

Penyertaan penyangi berasal Pulau Pinang itu dalam Gegar Vaganza musim kedua yang lalu membuka lebih peluang kepadanya dan menambah kalangan peminat generasi baharu.

Nassier, 55, terkenal dengan imej awet muda kerana wajahnya yang tidak dimakan usia serta masih bertenaga dalam setiap persembahan. Antara lagu popularnya ialah Sekali Aku Jatuh Cinta, Wajah Kekasih, Bayangan Wajah Duka, Undangan Rindu dan banyak lagi.

Nassier bersama ahli keluarga.