Penyanyi versatile Datuk Nassier Wahab kini ada album baharu iaitu sebuah album mini memuatkan lima buah lagu.

Kepada peminat yang menunggu lagu baharunya bolehlah dapatkannya di pasaran digital. Album itu dijangka dipasarkan secara fizikal dalam bentuk cakera padat pada 1 Februari ini.

Lagu baru ciptaan komposer Indonesia.

Album ini dipasarkan oleh syarikat rakaman Insictech Musik di mana Nassier kini menjadi artis rakaman yang bernaung di bawah mereka.

“Perancangan menerbitkan album ini hampir dua tahun yang lalu tapi memandangkan kesibukan dan sukar mendapat lagu-lagu yang sesuai ia tertangguh.

Ubati rindu peminat

“Hingga akhirnya peluang mendapat lagu dari komposer Indonesia Syahrul Elmoka. rakaman di buat di Bandung dan selesai rakaman Disember lalu.

“Album ini boleh didapati melalui
semua platform digital iaitu Telco Maxis dan Digi. Ada juga di Joox, Spotify, Deezer, KKbox, Apple Music, Yonder, Raku, Akazoo dan lain lain.

Harap lagu baharu diterima peminat.

“Untuk membeli di atas talian boleh juga ke iTunes,” kata Nassier.

Empat buah lagu ciptaan Syahrul Elmoka ialah SAJAK CINTA, CEMBURU, DUNIA CINTA dan TENTANG CINTA.

Nassier juga menyanyikan semula lagu asal kumpulan Projector Band, SUDAH KU TAHU dengan  susunan musik yang sedikit berbeza.

“Album ini sebagai mengubati rindu peminat yang mahukan lagu baharu saya. Ramai yang bertanya, bila saya nak rakam lagu baharu.

“Inilah dia dan saya harap album ini menepati citarasa mereka,” sambung penyanyi awet muda itu  lagi.