Juara Gegar Vaganza 2, Siti Nurdiana kini dah guna mikrofon sendiri untuk kegunaan show. Sebenarnya dah ramai penyanyi yang guna mikrofon sendiri. Bukan kerana dia mahu berlagak, sebaliknya demi keselesaan.

Mikrofon sendiri membolehkan dia menyelaraskan untuk kesesuaian nada vokalnya yang sebenarnya tidak begitu tinggi. Dengan itu dia dapat elak alami cedera tekak dalam jangkamasa panjang.