Pelakon Reza Hasbi hari ini mendedahkan namanya tak lepas saringan pihak stesen TV sebab akaun laman sosialnya tak ramai pengikut.

Pelakon undangan drama Isteriku Mem Besar itu tetap bersyukur sebab ada pihak lain yang mempercayainya dengan tawaran watak besar.

Reza Hasbi

“Hari tu member DM aku cakap ko kat TV3 sekarang (drama Isteriku Mem Besar) dan send pic kat aku aku tengah dukung seorang budak. Aku cuba ingat drama apa aku berlakon tu… tanya tajuk #isterikumembesar.

“Pastu aku tengok kat youtube… baru aku ingat ini cerita pertama aku shooting setelah 8 BULAN aku berehat. Walaupun aku ada tiga babak tapi aku nak sangat, cukup bagi aku untuk melepaskan rindu aku nak shooting… terubat rindu aku.. kaki aku terasa kaku waktu pengarah memberi arahan.. nak telan air liur terasa ketat untuk aku lontarkan kata-kata.. . maklum lah dah lapan BULAN aku berehat.

“Boleh dikata berbelas aku terima call dari PM bertanya khabar dan tanya FREE ke tak? Abang ada watak untuk kau.. akak ada watak untuk kau.. kesudahan alasan yang aku terima, nama tak lepas.. #follower ig tak ramai.. aku hampir putus asa.. sampai cerita Melayu pun aku tak nak tengok masa tu.. sebab aku nak lupakan segalanya.

Syukur masih ada rezeki

“OK cukup.. aku takkan berputus asa!! Cukup aku meminta minta pada MANUSIA, tempat yang paling baik untuk aku meminta adalah pada ALLAH… hati manusia dalam genggaman ALLAH…senjata paling tajam adalah DOA.. Usaha jaga solat doa minta kat ALLAH.. rezeki ALLAH itu terlalu tersangat luas… dan berhenti salahkan mana-mana pihak.. nak tahu tak betapa tajamnya doa kita… selang beberapa minggu aku terus dilamar satu production house yang besar namanya… dan aku diberi watak UTAMA 18 episod mengalir air mata aku masa aku dalam perjalanan dari Kuala Kangar ke KL nak ambik skrip… #syukuralhamdulilah hati manusia dalam genggaman ALLAH.. jika ALLAH gerakan hati mereka tiada sape dapat menghalangnya walaupun berjuta kaki kipas nak job dan tujukan rasa syukur kita dengan tinggalkan segala kemungkaran dan kelalaian kita,” tulis Reza.