Lakonan Nad Zainal dalam drama yang tercalon untuk Drama Terbaik Anugerah Skrin 2018, Fatonah Azali mendapat pujian ramai. Mantap dan berkesan lakonannya.

Namun Nad sendiri tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi kerana pelakon lain juga membawakan watak yang berkesan dalam drama lakonan mereka. Dia tidak mahu meletak harapan kerana takut kecewa.