LEGOLAND® Malaysia Resort Bawa Musim Sejuk ke Malaysia di Musim Percutian ‘Brick-Tacular’ Rakyat Malaysia kini dapat mengalami salji sebenar dan memenangi pelbagai hadiah bernilai sehingga RM100,000

ISKANDAR PUTERI, 22 November 2018 – LEGOLAND® Malaysia Resort bakal diberi wajah musim sejuk ‘Brick-Tacular’ dan menyediakan pelbagai kejutan manis yang menarik setiap hari sepanjang bulan Disember. Tahun ini, taman tema ini juga akan membawa salji sebenar ke Malaysia bagi memberikan pengalaman musim sejuk yang penuh keajaiban! Setiap 30 minit, para pengunjung dapat menyaksikan penurunan salji di hadapan Big Shop, sekaligus menjadikannya sambutan yang paling unik di Malaysia sempena musim perayaan ini. Selain itu, para pengunjung juga dapat mengalami pengalaman artik di seluruh taman tema termasuk bar ais krim iglu yang pertama               di Malaysia. Di situ, pengunjung juga dapat menikmati snek sejuk serta melihat rusa kutub LEGO® serta makhluk mitos elf yang menakjubkan!

Bagi meraikan semangat saling memberi, LEGOLAND® Malaysia Resort akan menawarkan pelbagai hadiah bernilai sehingga RM100,000 melalui Cabutan Bertuah Kalendar Advent LEGO® bagi pengunjung bertuah setiap hari. Malah, seorang pemegang Pas Kemasukan Setahun yang bertuah berpeluang memenangi sebuah Nissan Almera (bernilai RM72,000) pada 25 Disember*. Selain pengalaman dan hiasan musim sejuk yang indah, para pengunjung juga dapat menyertai pelbagai aktiviti bertemakan musim percutian yang bukan sahaja menakjubkan tetapi juga sesuai bagi seisi keluarga, termasuklah:-

• Cabutan Bertuah Kalendar Advent LEGO® – Kalendar Advent LEGO® akan menampilkan 31 tingkap yang melambangkan setiap hari dalam bulan Disember. Setiap hari, seorang pengunjung bertuah berpeluang membuka satu tingkap pada pukul 7 malam dan memenangi sebuah hadiah hebat! Hadiah-hadiah tahun ini bernilai sehingga RM100,000 termasuk satu percutian sekeluarga, baucer petrol serta permainan LEGO® termasuk LEGO® Star Wars dan NINJAGO™ yang popular.

• Aktiviti Pembinaan LEGO® Musim Perayaan – Dalam aktiviti ini, kanak-kanak dapat belajar membina orang salji serta pokok Krismas LEGO® yang tersendiri. Hiasan yang direka akan dipasangkan pada pokok-pokok di sekitar taman tema. Selain itu, beberapa makhluk elf mitos serta orang Eskimo yang peramah juga akan membantu mencipta rekaan LEGO® yang unik. Aktiviti ini bukan sahaja menjamin keseronokan bagi kanak-kanak, malah membantu mengembangkan pelbagai kemahiran baru seperti kerjasama berkumpulan dan kreativiti.

• LEGO® Santa’s Grotto – Apa makna Hari Krismas, kalau tiada hadiah dan Santa Klaus? Di Santa’s Grotto, selain dapat bertemu sapa dengan Santa Klaus, kanak-kanak juga boleh menghantar surat kepada Santa Klaus untuk berkongsi keinginan mereka serta mendapatkan kedudukan terbaik dalam ‘senarai nama budak nakal dan budak baik’..

• Jingle Bell Ball – Para pengunjung dijemput untuk menyertai Jingle Bell Ball, iaitu majlis tari-menari LEGOLAND® Malaysia Resort untuk berparti dan menari dengan makhluk mitos elf. Selain itu, watak-watak popular yang digemari ramai seperti Rudolf, Ollie The Dragon serta LEGO® Toy Soldier mungkin akan membuat penampilan   khas di majlis tari-menari tersebut.

LEGOLAND® Malaysia Resort akan meneruskan kesinambungan tradisi tahunannya dengan memasangkan lampu pada pokok Krismas LEGO® Duplo tertinggi di Asia Tenggara, yang dibina dengan 427,695 bongkah LEGO®. Selain itu, sesi menyanyi lagu Krismas juga akan disajikan bagi merancakkan lagi semangat perayaan ini. Bagi mengucapkan selamat tinggal kepada musim percutian dan menyambut Tahun Baru, para pengunjung juga dapat menyaksikan pertunjukan bunga api 3D LEGO® yang bakal menerangi langit taman tema ini. Namun, aksi ini telah diberikan nafas baharu – bongkah-bongkah LEGO® akan jatuh dari langit semasa pertunjukan bunga api 3D LEGO®!

“Bulan Disember merupakan satu bulan yang cukup istimewa bagi kami di LEGOLAND® Malaysia Resort, lebih-lebih lagi kami bakal menganjurkan Percutian ‘Brick-Tacular’ yang paling besar tahun ini! Di musim perayaan ini, taman tema kami akan bertukar menjadi satu alam salji yang ajaib, sekaligus membolehkan ibu bapa dan kanak-kanak mengalami Hari Krismas yang unik semasa musim percutian sekolah hujung tahun,” demikian kata, Kurt Stocks, Pengurus Besar di LEGOLAND® Malaysia Resort.

“Bagi meraikan semangat berkongsi dan saling memberi, kami telah mendengar semua maklum balas dari pelanggan sepanjang tahun, serta membuat pelbagai peningkatan penting di taman tema kami. Kami telah menaik taraf bahagian Build and Test (Bina dan Uji) dengan sebuah litar perlumbaan baru, di samping menyediakan lebih kawasan teduh dan kipas besar untuk menjamin pengalaman lebih selesa bagi semua keluarga. Kami sentiasa mencari langkah kreatif bagi membantu keluarga mencipta detik memori baru yang tidak dapat dilupakan setiap kali mereka berkunjung ke taman tema kami,” tambah Stocks.

Bagi mengalami percutian sekolah yang paling sempurna, anda patut mengambil kesempatan untuk menikmati pelbagai promosi berikut: –
Promosi
Beli 2 Tiket PERCUMA 1
• Tempoh Tempahan: 12 November – 5 Disember 2018
Butiran
Beli dua (2) tiket orang dewasa dan dapat satu (1) tiket kanak-kanak PERCUMA secara eksklusif di http://legoland.my

Bonanza Hujung Tahun
• Tempoh Tempahan: 15 November – 15 Disember 2018
• Tempoh Penginapan: 15 November 2018 – 15 Januari 2019*

*Tempoh tanpa promosi: 21- 31 Disember 2018
Diskaun 15% bagi kadar bilik yang paling baik di http://legoland.my

Hadiah dengan Pembelian (GWP)
• Tempoh Beli-Belah: 1-30 Disember 2018
Dapat Hadiah Krismas LEGO® PERCUMA dengan pembelian sekurang-kurangnya RM449*

*Selagi stok masih ada

Rakyat Malaysia dari segenap lapisan umur dapat menikmati percutian ‘Brick-Tacular’ LEGOLAND® Malaysia Resort yang paling unik melalui tempahan tiket di laman sesawang rasmi, www.legoland.com.my. Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai promosi, aktiviti, perayaan dan usaha pengembangan, sila ikuti Facebook dan Instagram.

*Pemegang Pas Kemasukan Setahun yang membeli pas mereka dari 1 Januari 2018 – 14 Disember 2019 layak menyertai cabutan bertuah.