Di Mahkamah Shah Alam hari ini Nur Sajjad menghadapi tuduhan berkait GST. Terbuktilah satu pembohongannya selama ini. 

Ternyata nama yang tertera pada kad pengenalannya ialah Muhammad Sajjad Kamaruzaman.

Ada sesiapa yang masih mahu pertikaikan jantina Sajjad yang penuh kontroversi demi memberitahu dunia bahawa dirinya seorang wanita?

Sebelum ini pelbagai polemik ditimbulkannya seperti mengaku pernah ada haid, keinginan mengandung dan pelbagai lagi. 

Muhammad Sajjad

Namun Sajjad masih berhelah dan gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri termasuk kad pengenalannya (MyKad) ketika dipanggil mahkamah untuk dibacakan pertuduhan.

“Saya tidak bawa IC (MyKad) sebab baru balik dari luar negara,” katanya kepada Mahkamah.

Prosiding bagaimanapun diteruskan apabila pihak pendakwa menyerahkan salinan kad pengenalan lelaki itu kepada mahkamah.

Terdahulu, Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, 33, kelihatan mencari sesuatu di dalam beg tangannya ketika mahkamah memintanya mengeluarkan kad pengenalan.

Dia mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST, empat tahun lalu.