Industri hiburan Malaysia sekali lagi kehilangan seorang lagi insan seni, pelakon dan pelawak popular Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih popular sebagai Mr Os yang kembali ke rahmatullah sekitar jam 2.45 petang tadi di Hospital Selayang, Selangor.osmeninggal2Arwah dimasukkan ke hospital pada hari Isnin kerana mengadu sakit dan beliau disahkan menghidap kanser paru-paru tahap 4.

“Arwah akan dimandikan di Hospital Selayang dan dibawa ke Surau Sri Gombak Indah untuk disembahyangkan,” kata Hafiz Nafiah,┬áSetiausaha Agong Seniman melalui satu kenyataan petang ini.

Setiba daripada hospital, jenazah ditempatkan di Surau Sri Gombak Indah dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Permata Sri Gombak Indah, sebelum Maghrib. Alfatihah.