Drama Mok Cun memang diwarnai dengan unsur jenaka. Watak Mok Cun sendiri sudah boleh membuatkan penonton ketawa. Bila dibawa ke pentas teater pun unsur komedi tetap jadi fokus utama.

Namun dalam jenaka itu, pengarah dan juga teraju utama, Erma Fatima mahu selitkan nasihat berguna kepada penonton. Apatah lagi dia sendiri berasa terpanggil untuk berkongsi rasa dengan penonton.

Cabaran peniaga desa
Cabaran peniaga desa

“Kalau orang kampung macam Mok Cun pun boleh bercakap pasal politik, itu tandanya perkara berkaitan politik di negara kita ini ¬†bukanlah sesuatu yang kecil. Besar isunya,” kata Erma menjawab persoalan mengapa dia selitkan isu politik dalam teater tersebut.

Mak Cun ke India cari rempah.
Mak Cun ke India cari rempah.

Erma tidak mahu Mok Cun hanya dilihat sebagai sebuah nashkah  yang hanya untuk berhibur semata-mata. Dia mahu persembahan itu ada pengisian yang sedikit serius.

Mok Cun D’Walei kini sedang dipentaskan di Istana Budaya sejak 4 November sehingga 13 November ini. Peminat boleh mendapatkan tiket yang dijual pada harga RM36 hingga RM256 menerusi www.airasiaredtix.com.

Banyak lagu Hindi popular dalam Mok Cun 2.
Banyak lagu Hindi popular dalam Mok Cun 2.

Babak pertama semasa Mok Cun berhempas pulas memajukan perniagaan di Kodiang, Kedah kelihatan banyak juga isu semasa yang dikaitkan.

Banyak dugaan usahawan tempatan diketengahkan. Selain masalah modal dan sebagainya, mereka juga disaingi oleh golongan artis yang turut berniaga dan sering dijadikan tarikan dalam expo jualan yang mereka sertai sehingga menenggelamkan penjual awam.

Ia membawa Mok Cun dan Manisah ke India untuk mencari rempah terbaik bagi meningkatkan jualan roti prata yang diusahakan Mok Cun.

Amy Search dan Fathia Latiff muncul dalam segmen pertama untuk mewarnai persembahan. Mereka muncul membawa watak artis yang bersaing berniaga menggunakan populariti menarik pelanggan.

Kecewa dengan kegagalan di Malaysia membawa Mok Cun dan Manisha ke India. Di India, suasana pementasan jadi berbeza dan diwarnai dengan lagu-lagu Hindi popular.

Penonton juga menikmati segmen kedua dengan lebih seronok bila menyaksikan adegan tarian lagu Hindi. Kemunculan Abam dengan lawak spontannya membuatkan penonton tak kering gusi.

Persembahan segmen kedua silih berganti antara lawak dan lagu-lagu menarik. Perjalanan yang agak perlahan pada segmen pertama terubat bila masuk segmen kedua berlatarkan India yang penuh warna warni.

Teater tersebut turut dibarisi Datin Umie Aida, Datuk Rahim Razali, Balkish Sumundur Khan, Nadia Brian dan pelakon dari Pakistan, Saim Ali.

Kemunculan Amy ada tarikan tersendiri.
Kemunculan Amy ada tarikan tersendiri.