Pertandingan kecantikan Mister Planet Nation Malaysia turut tekankan bakat dalam diri peserta.

Penganjur juga menampilkan bakat bagi menyediakan mereka untuk melangkah ke bidang seni pada masa akan datang.

Salah seorang juri yang juga terlibat secara langsung sepanjang empat bulan dengan mereka, Faslie Subari nampak bakat seni dalam diri mereka.

Sam bersama trofi

“Saya yakin mereka akan dapat tempat dalam bidang sen. Malah sudah ada pihak penerbitan yang mula menawarkan watak dalam produksi mereka,” kata Faslie. Grand Finale Mister Planet-Nation Malaysia 2019 yang berlangsung 20 April lalu di Auditorium Muzium Negara Malaysia mengangkat pelajar muzik Sam Shaffik, 18, sebagai juara.

Tempat kedua milik usahawan muda Azri Rahim, 24, dan Nazirul Mubin di tempat ke tiga.

Nazirul Mubin tempat ketiga

Sejajar dengan misi MPM 2019 dalam mencari bakat baharu untuk menyinari dan menjadi pelapis industri hiburan Malaysia, pihak penganjur FASTYLE Entertainment telah membawa barisan juri berpengalaman dari industri hiburan bagi mengadili acara kemuncak itu.

Selain Faslie, barisan juri terdiri Haji Zil (Zeel Production), Bustamam Mokhtar (White Studio), Chez Hamdan (Chez Hair Studio) dan Afdal Shahizad Zainudin (Astro Shaw).
Selain prestasi bagi tugasan-tugasan yang telah diberikan sepanjang empat bulan yang lalu, penilaian oleh juri-juri jemputan pada Grand Final MPM 2019 juga telah di ambil kira dalam menentukan pemenang gelaran Mister Planet-Nation Malaysia 2019.

Top 5

Pemarkahan oleh juri-juri pada hari tersebut dinilai melalui beberapa segmen seperti cat-walk, persembahan perseorangan dan sesi soal jawab.
Sam yang dinobat sebagai Mister Planet-Nation Malaysia 2019 telah membawa pulang hadiah bernilai hampir RM5,000 yang berupa wang tunai, kontrak artis di bawah pengurusan Fastyle Entertainment selama setahun, peluang berlakon dibawah naungan Zeel Production, tunai, trofi, custom made outfit tajaan Azhar Zainal, pakej fotografi eksklusif dari Blackpepper Production dan juga hamper tajaan Beloora Gold.
Manakala pemenang tempat kedua, Azri Rahim dan ketiga, Zeroq Mubin telah menerima hadiah bernilai lebih RM2,000 setiap seorang berupa wang tunai, peluang berlakon dibawah naungan Zeel Production, tunai, custom made outfit tajaan Azhar Zainal dan juga hamper tajaan Beloora Gold.
Begitu juga para pemenang 5 gelaran istimewa – Sam Syaffik (Mister Favorite), Aidil Amin (Mister Fitness), Azri Rahim (Mister Friendship), Izwan Ali (Mister Talented) telah membawa pulang tunai
beserta pakej percutian tajaan Erya by Suria dan pakej fotografi ekslusif tajaan Blackpepper Production khas buat Mister Photogenic, Ezrul Rizwan.
Untuk maklumat lanjut mengenai info terkini Mister Planet-Nation Malaysia ’19 (MPM) anda boleh kunjungi akaun Instagram rasmi MPM, @misterplanetnationmalaysia.

16 Finalis